Seperti yang dijanjikan sekali lagi saya akan mengutarakan satu resepi kampung yang mudah dan sedap. Resepi perut lembu ini mudah di masak tapi persediaanya susah sedikit kerana perut lembut yg berwarna hitam harus di rendam kapur dan di kikis sehingga putih dan di rebus hingga lembut.
Bahannya:-
I kg perut lembu yang telah di rebus lembut
I biji kelapa ambil santanya.
Perut mask lemak cilli api dengan mangga muda |
35 biji cilli api di tumbuk halus dengan kunyit hidup
I batang serai di titik
Caranya:
1. Masukkan cilli api yang telah di tumbuk dengan kunyit kedalam periuk bersama perut lembu yang telah di rebus lembut. Biarkan ia masak sebati dengan cili, masukkan serai
2. Masukkan santan dan apabila sudah mengelegak masukkan mangga yang telah dihiris. masukkan garam secukup rasa. Biarkan mangga lembut dan di angkat.
Masakan ini memang sedap kerana ia cukup dengan pedas, masam, dan lemak.
SELAMAT MENCUBA
No comments:
Post a Comment