Pantai Remis, Selangor
Salam Semua,
Bertemu kembali kita diruangan ini. Kali ini saya ingin menceritakan perihal Pantai Remis, Selangor yang mana setiap kali kalau saya balik kampung saya di Tanjong Karang pasti saya akan singgah di Pantai Remis. Tak sah kalau tak singgah kerana disinilah terdapat pelbagai hidupan laut untuk di makan yang jarang kita jumpa di pasar-pasar biasa.
Pantai Remis adalah pantai disebelah barat semenanjung Malaysia. Sebenarnya ada 2 pantai remis di Malaysia, satu di Perak dan satu lagi di Selangor.
Lokasi Pantai Remis Selangor adalah kira-kira 45 minit memandu dari Pekan Klang dan akan melalui beberapa pekan kecil seperti Rantau Panjang dan Kapar . Dulu semasa saya kecil Pantai Remis tidak ramai pengunjunnya kerana tiada apa yang menarik kecuali melihat matahari terbenam dan mengutip kulit-kulit kerang, siput dan kayu tunggul
Sekarang Pantai remis ramai pengunjungnya kerana disamping beriadah membawa family dan berkelah mereka boleh membeli belah pelbagai hidupan laut dan jenis kerang dan makanan laut. Saya ingin pembaca melihat lebih dekat lagi hidupan laut yang boleh dimakan yang selepas ini saya akan tunjukkan dua masakan sebagai hidangan makan tengahari dari hidupan ini. Kalau ada masa lapang dan tidak tahu nak kemana nah! inilah tempatnya untuk pergi, tak jauh ( bagi penduduk Kuala Lumpur dan Selangor lah)dan tidak mengeluarkan banyak belanja. BERKUNJUNGLAH KE PANTAI REMIS, SELANGOR.
Suasana redup Pantai Remis hujan mulai turun |
Gerai jualan |
Gerai Jualan |
Gerai jualan/yang bergantung adalah ikan masin |
Gerai jualan, ada ubi pisang dan sayuran kampong |
Siput Sedut |
Kepah |
Kijeng |
Kerang Bulu |
Mentarang |
Kerang |
Tiram |
Lala |
Belangkas |
No comments:
Post a Comment