Tuesday 29 November 2011

Lepat Labu

Salam semua,
Sekiranya  anda membaca blog saya, banyak berkisar mengenai makanan, saya memang berminat kalau bercerita mengenai makanan terutama mencuba pelbagai resepi. Saya juga tertarik mengenai masakan kampong yang mana bahan utamanya ada disekitar rumah kalau di kampung, tidak perlu berbelanja banyak. Kali ini saya akan papar resepi Lepat labu selamat mencuba ya .


LEPAT LABU
Bahan-bahanya
1/2 biji Labu(direbus dan di lecek)
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
3 cawan santan pekat
daun pisang

 Inti
1/2 biji kelapa parut (putih sahaja)
2 sudu besar gula pasir
Sedikit Garam

caranya:-
1.Kacau labu, gula dan santan, kemudian masukkan tepung dan kacau hingga sebati
2.Jerangkan keatas api dan kacau hingga pekat. Angkat dan sejukkan.
3.Ambil sedikit labu tadi letak diatas daun pisang. Bubuh sedikit kelapa yang telah dicampur dengan garam dan gula.
4. Tutup diatasnya dengan sedikit labu, kemudian lipat seperti membuat lepat. kukus hingga masak.

No comments:

Post a Comment