Tuesday 29 November 2011

Lepat Labu

Salam semua,
Sekiranya  anda membaca blog saya, banyak berkisar mengenai makanan, saya memang berminat kalau bercerita mengenai makanan terutama mencuba pelbagai resepi. Saya juga tertarik mengenai masakan kampong yang mana bahan utamanya ada disekitar rumah kalau di kampung, tidak perlu berbelanja banyak. Kali ini saya akan papar resepi Lepat labu selamat mencuba ya .


LEPAT LABU
Bahan-bahanya
1/2 biji Labu(direbus dan di lecek)
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
3 cawan santan pekat
daun pisang

 Inti
1/2 biji kelapa parut (putih sahaja)
2 sudu besar gula pasir
Sedikit Garam

caranya:-
1.Kacau labu, gula dan santan, kemudian masukkan tepung dan kacau hingga sebati
2.Jerangkan keatas api dan kacau hingga pekat. Angkat dan sejukkan.
3.Ambil sedikit labu tadi letak diatas daun pisang. Bubuh sedikit kelapa yang telah dicampur dengan garam dan gula.
4. Tutup diatasnya dengan sedikit labu, kemudian lipat seperti membuat lepat. kukus hingga masak.

Monday 28 November 2011

Goreng Kambas Bercili

Ramai orang tak makan Kambas atau pun nama lain Peria Besar kerana pahit. Sebenarnya kalau di masak betul amat sedap sekali. yummy....yummy. Saya nak share macamana nak masak kambas goreng cili dengan udang.

Sediakan:
Satu Biji Kambas
Udang basah 300gm
I0 tangkai cilli kering di tumbuk
4 ulas bawang merah kecil(ditumbuk)
2 ulas bawang putih(ditumbuk)
Minyak untuk menumis

caranya:-
Kambas di belah dua buang isinya dan di rendam dgn air garam selama 10 minit
Masukkan sedikit minyak dan tumis bahan di tumbuk sehingga naik bau
Masukkan udang
Basuh kambas  dan masukkan kedalam kuali
Masukkan garam secukup rasa.

Goreng Kambas Bercili
SELAMAT MENCUBA

Rancangan Makanan Tambahan Disekolah




Rancangan makanan tambahan di sekolah-sekolah amat membantu murid-murid kerana murid-murid dapat bersarapan sepenuhnya. Bagi mereka yang tidak termasuk di dalam rancangan RMT yang di beri oleh Kerajaan , Budimas Charitable Foundation telah menyalurkan bantuan dan memberi makanan dalam bentuk yang sama. Sebaik baik sedekah adalah memberi makan kepada yang memerlukan. Syabas Budimas Charitable Foundation.