Saturday 16 February 2013

CAR BOOT SALE

Pada 17 Feb 2013, saya telah menyertai car boot sale di Bukit Mahkota, happening, boleh tahan dan dapatlah juga untung. Sewa tapak cuma RM 7.00 saja itu pun di sedekah kepada pembinaan Masjid, Dapat jugalah mengosongkan almari saya, baju banyak yg masih elok tapi tak pakai, novel-novel yg telah di baca dan household item. Car boot sale ini tak boleh jual makanan, barang baru dan barang-barang terlarang. Minggu depannya akan di adakan di tapak pasar malam Bandar Sri Putra pulak. Datang beramai-ramai dan beri sokongan ya.

Tuesday 8 January 2013

PERGINYA SEORANG PAHLAWAN NEGARA

pERGINYA SEORANG PAJHLAWAN- MARI LAH KITA KENANGKAN JASA SEORANG PAHLAWAN NEGARA-

PW I Temenggong Datuk Kanang anak Langkau,SP,PGB,PGBK (Bersara) (1945 - Januari 3, 2013) ialah pahlawan dan askar Malaysia yang terkenal. Berasal daripada komuniti Dayak (Iban) di Sarawak, beliau adalah daripada Rejimen Renjer Diraja dan merupakan Sarjan Mejar Rejimen kepada 8 Renjer dalam Angkatan Tentera Malaysia. Kanang dianugerahkan dengan pingat-pingat Panglima Gagah Berani dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ahmad Shah pada 3 Jun 1981.
Dilahirkan di Julau, Sarawak, Kanang menyertai perkhidmatan Renjer Sarawak sebagai Pengesan Jejak Iban pada 21 April 1962. Beliau diserap ke dalam Renjer Malaysia apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963. Kanang bersara dari perkhidmatan pada tahun 1986 selepas 21 tahun sebagai Pegawai Waran 1.
Pada awal pagi 3 Januari 2013, beliau dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak selepas mengalami kesukaran bernafas dan pengsan di rumahnya. Beliau disahkan meninggal dunia pada 1.45 pagi
MARI LAH KITA SAMA-SAMA MENGENANG JASA PAHLAWAN NEGARA INI